SYARAT PENYERTAAN ACARA FUN RUN & RIDE
Acara Kembara Perpaduan Fun Run & Ride, Kuching, Sarawak pada 21 May 2023, memerlukan peserta untuk mematuhi syarat umur yang dinyatakan dalam kategori yang telah ditetapkan. Apabila peserta telah mendaftar, ini bermakna peserta bersetuju menerima syarat-syarat seperti di bawah.
FUN RUN & RIDE Terbuka lelaki & wanita (berumur 16 tahun ke atas pada 31 Disember 2023)
- Kanak-kanak 16 tahun ke bawah perlu mengisi borang kebenaran ‘ indemnity ’ semasa hari pengambilan “race kit” dan tiada baju disediakan.
- Jarak dan tempoh yang dinyatakan untuk larian & kayuhan hanyalah anggaran sahaja. Penganjur berhak untuk mengubah jarak laluan tersebut dan tempoh sekiranya perlu.
PERALATAN BASIKAL
1. Kesemua jenis basikal dan saiz dibenarkan.
2. Setiap peserta WAJIB memakai kasut dan topi keselamatan.
3. Digalakkan membawa botol air sepanjang kayuhan untuk mengelakkan “dehydration” sepanjang kayuhan berlangsung.
4. Basikal mestilah lengkap dengan aspek keselamatan yang telah ditetapkan. Sekiranya TIDAK lengkap, penyertaan akan dibatalkan.
LANGKAH KESELAMATAN
1. Walaupun langkah-langkah yang sewajarnya akan diambil oleh penganjur untuk memastikan keselamatan peserta sepanjang Larian & kayuhan, risiko keselamatan adalah atas tanggungjawab peserta itu sendiri.
2. Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku semasa kayuhan berlangsung.
3. Peserta yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik tidak digalakkan untuk menyertai acara ini.
4. Untuk kayuhan basikal, Semua peserta perlu memeriksa dan servis basikal sebelum acara, dan memastikan bahawa basikal selamat untuk digunakan sebelum kayuhan dan hendaklah sentiasa peka dengan peserta lain di sekeliling mereka.
5. Semua Peserta hendaklah berada di sebelah kiri jalan dan di ingatkan untuk mematuhi peraturan jalan raya pada setiap masa.
KENDERAAN SOKONGAN KAYUHAN
Penganjur ada menyediakan kenderaan sokongan untuk membantu peserta sepanjang laluan acara. Peserta tidak dibenarkan mempunyai sokongan kenderaan sendiri dalam kategori kayuhan ini
RAMALAN CUACA
1. Melihat keadaan cuaca tiga (3) hari sebelum hari acara atau pada hari acara oleh penganjur dan pegawai penguatkuasa undang-undang tempatan.
2. Jika acara dibatalkan kerana cuaca buruk, tidak ada Larian & kayuhan dijalankan, peserta akan menerima medal sahaja dan minuman ringan
PERATURAN LARIAN & KAYUHAN
1. Peserta TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk memindahkan penyertaan mereka kepada pihak lain sebaik sahaja pendaftaran.
2. Semua peserta hendaklah berkumpul di garisan permulaan mengikut lokasi dan masa yang telah ditetapkan.
3. Atas sebab keselamatan, peserta yang tidak bermula pada masa pelepasan masing- masing, penyertaan mereka boleh dibatalkan dan tidak dibenarkan menyertai acara.
4. Semua peserta mesti mengikut laluan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
5. Peserta yang gagal berbuat demikian boleh dikeluarkan dari laluan serta-merta. Pingat penamat tidak akan diberikan kepada peserta yang gagal mengikut peraturan larian & kayuhan yang telah ditetapkan.
6. Semua peserta mesti mematuhi peraturan jalan raya serta arahan polis, marshal dan pegawai acara semasa kayuhan.
7. TIDAK DIBENARKAN : berbasikal tanpa topi keledar, membawa basikal secara berbahaya atau cuai, menggunakan kamera ketika kayuhan, meletakkan tempat duduk kanak-kanak di atas basikal tidak dibenarkan.
8. Semua penunggang hendaklah berada di belakang kenderaan utama pengiring keselamatan dan di hadapan kenderaan belakang pengiring keselamatan pada setiap masa.
9. Semua peserta perlu membawa peralatan sendiri sekiranya terjadinya kerosakan atau kebocoran tayar basikal.
10. Semua yang menyertai larian, WAJIB memakai kasut dan selipar dan sandel tidak dibenarkan. Botol air, Hydration Beg digalakkan serta beg pinggang.
BANTUAN KECEMASAN
1. Perkhidmatan mekanikal tidak akan disediakan bagi membantu basikal peserta yang bermasalah ketika kayuhan. Hanya bantuan paramedic disediakan jika berlaku kecemasan sepanjang larian & kayuhan berlangsung.
2. Petugas perubatan/Marshall/organiser berhak untuk mengeluarkan peserta jika didapati secara fizikal tidak mampu meneruskan kayuhan tanpa risiko kecederaan serius terhadap dirinya atau orang lain.
3. Petugas perubatan berhak membuat keputusan untuk menghantar mangsa ke hospital terdekat dan/atau yang disyorkan dan kos perubatan ditanggung oleh peserta sendiri bukan penganjur acara.
4. Peserta perlu minum banyak air sebelum, semasa dan selepas larian & kayuhan.
5. Acara ini dilindungi di bawah insurans berkelumpuk bg acara ini sahaja (Mula acara hingga tamat kayuhan)
6. Walau bagaimanapun, semua peserta disyorkan untuk mempunyai insurans kemalangan peribadi atau insurans kesihatan mereka sendiri.
PENGECUALIAN ACARA
1- Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab di atas kecedaraan, kecuaian dan kemalangan jiwa jika berlaku sepanjang acara kayuhan berlangsung.
2- Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab di atas kehilangan barang peribadi atau kerosakan, pecah kenderaan atau hilang, semua itu adalah tanggungjawab peserta untuk memastikan keselamatan barang masing-masing.
By :Technical Consutant