KARNIVAL FUTSAL MILO HIDUP BOLA 2024
Syarat Dan Peraturan
Saya, Ibubapa/Penjaga kepada Peserta yang didaftarkan bersetuju, secara peribadi dan bagi pihak Peserta, bersetuju:
1. Acara ini dikenali sebagai Karnival Futsal MILO Hidup Bola 2024 (“KARNIVAL”) dan dianjurkan oleh Nestle Products Sdn. Bhd. (“Penganjur”). Acara ini terbuka kepada kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun (lahir pada tahun 2012 dan selepas) dan bawah 16 tahun (lahir pada tahun 2008 dan selepas). Penyertaan untuk KARNIVAL boleh di masukkan oleh ibubapa, penjaga, pengurus, jurulatih atau wakil Peserta dan adalah tertakluk kepada penyerahan borang persetujuan Ibubapa/Penjaga kepada Syarat dan Peraturan ini untuk Peserta menyertai Karnival ini (“Borang Persetujuan ").;
2. Acara ini dijalankan 14 pusingan mengikut NEGERI (seperti disenaraikan dalam borang penyertaan) bermula pada 1 Jun 2024 (Sabtu) dan berakhir pada 7 September 2024 (Sabtu). Sebanyak 32 pasukan bawah 12 dan bawah 16 tahun akan layak ke pusingan Grand Final mengikut kuota seperti dalam borang penyertaan. Pasukan yang layak ke Grand Final hanya dibenarkan menukar dua pemain sahaja.
3. Setiap pasukan hanya DIBENARKAN mendaftar 8 pemain sahaja. Sekiranya pasukan layak ke Grand Final, Pengurus pasukan BOLEH mendaftar untuk mengiringi pemain.
4. Semua 32 pasukan setiap kategori yang layak ke Grand Final akan menerima elaun pengangkutan, makan minum dan penginapan KECUALI pasukan yang layak bagi pusingan Negeri Selangor dan Kuala Lumpur (seperti disenaraikan dalam borang penyertaan) hanya menerima elaun pengangkutan dan makan minum sahaja. Elaun perjalanan adalah mengikut kadar tambang bas ekspres bagi pasukan semenanjung dan tambang kapal terbang bagi pasukan dari Sabah dan Sarawak.
5. Pendaftaran adalah secara atas talian “online” melalui laman web www.milo.com.my. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja) dibayar melalui gerbang pembayaran kendalian RaceXAsia. Ibubapa, penjaga, pengurus, jurulatih atau wakil Peserta wajib menyerahkan e-mel pengesahan pendaftaran, borang penyertaan pemain yang lengkap serta Borang Persetujuan setiap Peserta pada hari kejohanan.
6. Pendaftaran pasukan dibuka sepanjang Karnival Futsal MILO Hidup Bola 2024 berlangsung dan akan ditutup setelah kuota setiap negeri mencukupi seperti yang telah ditetapkan. Undian kumpulan akan dijalankan oleh Penganjur.
7. Semua Peserta berdaftar akan menerima jersi MILO yang akan diedarkan sebelum setiap pusingan bermula.
8. Semua Peserta diwajibkan membawa salinan sijil lahir atau mykad (bagi kategori bawah 12 tahun) manakala salinan my kad bagi kategori bawah 16 tahun. Sijil lahir asal atau MyKad asal mestilah dibawa dan di tunjukkan kepada Penganjur sekiranya diminta.
9. Semua Peserta diwajibkan memakai pelindung tulang kering “shin guard”. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pasukan tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut.
10. Sekiranya terdapat pasukan yang menurunkan Peserta melebihi usia, pasukan tersebut akan disingkir terus dari kejohanan ini walaupun layak ke Grand Final dan tidak akan diganti dengan pasukan lain.
11. Penyertaan adalah terhad mengikut konsep “Siapa Cepat Dia Dapat”. Semua peraturan adalah mengikut undang – undang permainan futsal FIFA yang boleh dibaca di https://www.the-afc.com/en/more/content/fifa_futsal_laws_of_the_game_2023-24.html . Pengarah kejohanan / teknikal mempunyai kuasa mutlak mengumumkan keputusan berdasarkan peraturan dan undang – undang sedia ada di semua lokasi kejohanan.
12. Saingan awal perlawanan adalah mengikut format liga 3pasukan 1 kumpulan. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua, pusingan kedua akan dijalankan secara kalah singkir. Masa perlawanan adalah selama 5-minit setiap separuh masa. Sekiranya pasukan mempunyai mata yang sama, system perbezaan jaringan akan digunapakai (jaringan tolak bolos). Sekiranya masih sama, pasukan yang mempunyai kelebihan akan diistiharkan pemenang. Sekiranya masih sama tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang.
13. Pasukan yang lewat 5minit masuk ke gelanggang akan dikira tewas dalam perlawanan tersebut dengan kiraan jaringan 3-0.
14. Bantahan mestilah mengunakan borang rasmi yang disediakan oleh Penganjur dengan bayaran deposit RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) tidak lewat dari 15 minit selepas perlawanan. Deposit tidak akan dikembalikan sama ada bantahan diterima atau ditolak.
15. Pasukan dari Semenanjung Malaysia tidak dibenarkan bertanding di negeri Sabah Dan Sarawak.
16. Ibubapa/Penjaga bersetuju bahawa:
a. penyertaan Peserta dalam Karnival adalah atas risiko Peserta, Ibubapa/Penjaga sendiri;
b. mereka sedia maklum akan risiko-risiko berkaitan dengan Karnival ini dan bersetuju untuk melepaskan, tidak mempertanggungjawabkan dan tidak mendakwa/menyalahkan Penganjur, syarikat pegangan, anak syarikat atau syarikat berkaitannya sebagaimana ditetapkan dalam Akta Syarikat 2016 (“Kumpulan Nestlé Malaysia”), para pengarah, pegawai, kakitangan, ejen, penaja dan/atau wakilnya (termasuk kerosakan khas, tidak langsung dan lanjutan) yang timbul daripada atau ditanggung akibat penyertaan Peserta dalam Karnival ini, termasuk ketika dalam perjalanan pergi dan balik yang membabitkan kecederaan atau kematian yang dialami sebelum, semasa dan selepas Karnival ini;
c. bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Peserta atas apa-apa kejadian/perkara;
d. mesti mematuhi dan mentaati segala peraturan dan undang-undang, dan juga bersetuju untuk mengikuti apa-apa arahan lisan atau arahan yang diberikan oleh Penganjur, kakitangan, wakil atau ejen-ejennya;
e. mengesahkan bahawa Peserta sihat secara fizikal, bersedia atau dilatih untuk mengambil bahagian dalam Karnival ini dan tidak disyorkan untuk tidak mengambil bahagian oleh seorang profesional perubatan yang berkelayakan. Peserta tidak mempunyai sebab-sebab atau masalah yang berkaitan dengan kesihatan yang menghalang penyertaan Peserta dalam Karnival ini; dan
f. memahami bahawa Karnival ini melibatkan risiko kecederaan diri, dan bersetuju untuk bertanggungjawab atas kesihatan dan kesejahteraan Peserta semasa berkaitan Karnival ini.
Notis Privasi
1. Sebagai Ibubapa/Penjaga Peserta, Ibubapa/Penjaga diberikuasa untuk bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi Peserta oleh Penganjur berdasarkan Notis Privasi di www.nestle.com.my/info/privacy_notice .
2. As the Participant’s parent/guardian, the Parent/Guardian is authorised to agree to the processing of the Participant’s Personal Data by the Organiser in accordance with the Privacy Notice in www.nestle.com.my/info/privacy_notice.