PESANAN DAN TERMA KESELAMATAN PENGANJURAN
1. Larian ini adalah sebuah program komuniti dan keluarga, Selamat Datang ke MEAOOOW FUN RUN PUSING SAWAH.
2. Peserta boleh mendaftarkan diri secara solo atau berkumpulan.
3. Selepas bayaran dibuat, tidak ada sebarang pemulangan yuran dilakukan. Sekiranya tidak dapat hadir, boleh wakilkan orang lain untuk gantian.
4. Peserta diingatkan untuk tidak mengganggu, mengacau atau bertindak dengan sebarang kelakukan yang tidak sepatutnya terhadap apa sahaja barangan, produk, harta milik awam dan persendirian. Sebarang perlakuan tidak sepatutnya atau tidak bermoral yang menyalahi undang-undang atau berbentuk kesalahan jenayah, pihak penganjur tidak bertanggungjawab sama sekali.
5. Pihak penganjur berhak menukar laluan larian sekiranya perlu selepas mendapatkan nasihat daripada pihak berautoriti atau berkuasa seandainya laluan sedia ada berdepan sebarang ancaman keselamatan atau cuaca atau sewaktu dengannya.
6. Para peserta dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sopan, tidak memakai pakaian yang mencolok mata, ketat atau seksi dan sewaktu dengannya.
7.Bagi peserta yang berlari dengan kucing, keselamatan kucing anda adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sila sediakan perkakas, peralatan atau stroller yang sesuai bagi keselesaan kucing anda.
8. Sekiranya belaku ancaman cuaca atau sebarang bentuk duga bahaya yang berlaku, larian boleh ditangguhkan atau dibatalkan mengikut budi bicara pihak berkuasa.
Selamat Berlari, Kita Sihat Bersama Kucing Kita!