SYARAT PENYERTAAN ACARA 5KM FUN RUN
Acara OUTDOOR EXPO FUN RUN 2025, memerlukan peserta untuk mematuhi syarat umur yang dinyatakan dalam kategori yang telah ditetapkan. Apabila peserta telah mendaftar, ini bermakna peserta bersetuju menerima syarat-syarat seperti di bawah.
FUN RUN Terbuka lelaki & wanita (berumur 6 tahun ke atas pada 31 Disember 2025)
- Kanak-kanak 6 tahun ke bawah perlu mengisi borang kebenaran ‘ indemnity ’ semasa hari pengambilan “Collection” dan tiada baju disediakan, dan di bawah jagaan keluarga/penjaga untuk menyertai.
- Jarak dan tempoh yang dinyatakan untuk larian hanyalah anggaran sahaja. Penganjur berhak untuk mengubah jarak laluan tersebut dan tempoh sekiranya perlu dan bergantung kepada pihak berkuasa tempatan.
LANGKAH KESELAMATAN
- Walaupun langkah-langkah yang sewajarnya akan diambil oleh penganjur untuk memastikan keselamatan peserta sepanjang Larian, risiko keselamatan adalah atas tanggungjawab peserta itu sendiri.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang berlaku semasa larian berlangsung dan mematuhi peraturan jalan raya pada setiap masa.
- Peserta yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik tidak digalakkan untuk menyertai acara ini.
RAMALAN CUACA
- Melihat keadaan cuaca tiga (3) hari sebelum hari acara atau pada hari acara oleh penganjur dan pegawai penguatkuasa undang-undang tempatan.
- Jika acara dibatalkan kerana cuaca buruk, tidak ada Larian dijalankan, peserta akan menerima medal sahaja dan minuman ringan, cabutan bertuah
PERATURAN LARIAN
- Peserta TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk memindahkan penyertaan mereka kepada pihak lain sebaik sahaja pendaftaran, dan tidak boleh menukar nama atas bib larian.
- Semua peserta hendaklah berkumpul di garisan permulaan mengikut lokasi dan masa yang telah ditetapkan.
- Atas sebab keselamatan, peserta yang tidak bermula pada masa pelepasan masing- masing, penyertaan mereka boleh dibatalkan dan tidak dibenarkan menyertai acara.
- Semua peserta mesti mengikut laluan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
- Peserta yang gagal berbuat demikian boleh dikeluarkan dari laluan serta-merta. Pingat penamat tidak akan diberikan kepada peserta yang gagal mengikut peraturan larian & kayuhan yang telah ditetapkan. MASA yang dibenarkan untuk berlari 5km ni adalah 1 jam sahaja.
- Semua peserta mesti mematuhi peraturan jalan raya serta arahan polis, marshal dan pegawai acara semasa kayuhan.
- PESERTA larian, WAJIB memakai kasut, Baju Larian yang diberikan, Sandel@selipar tidak dibenarkan. Botol air, Hydration Beg digalakkan serta beg pinggang.
BANTUAN KECEMASAN
- Peserta yang bermasalah ketika berlari, penganjur ada menyediakan bantuan paramedik jika berlaku kecemasan sepanjang larian berlangsung.
- Petugas perubatan/Marshall/organiser berhak untuk mengeluarkan peserta jika didapati secara fizikal tidak mampu meneruskan larian tanpa risiko kecederaan serius terhadap dirinya atau orang lain.
- Petugas perubatan berhak membuat keputusan untuk menghantar mangsa ke hospital terdekat dan/atau yang disyorkan dan kos perubatan ditanggung oleh peserta sendiri bukan penganjur acara.
- Peserta perlu minum banyak air sebelum, semasa dan selepas larian
- Acara ini dilindungi di bawah insurans berkelumpuk bg acara ini sahaja (Mula acara hingga tamat acara)
- Walau bagaimanapun, semua peserta disyorkan untuk mempunyai insurans kemalangan peribadi atau insurans kesihatan mereka sendiri.
PENGECUALIAN ACARA
- Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab di atas kecedaraan, kecuaian dan kemalangan jiwa jika berlaku sepanjang acara larian berlangsung.
- Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab di atas kehilangan barang peribadi atau kerosakan, pecah kenderaan atau hilang, semua itu adalah tanggungjawab peserta untuk memastikan keselamatan barang masing-masing.
- Pengajur berhak mengunakan gambar peserta yang menyertai tahun ni untuk digunakan pada tahun hadapan sebagai promosi